Sibulus hitam selamatkan keluarga drpd ular…

Ini adalah sebahagian dari kucing2 gelandangan yang sering berkunjung ke rumah saya. Saya tak pernah bela kucing. Sebab tak reti. Pernah beberapa kali saya cuba pelihara. Tapi berakhir dengan kematian. Menyebabkan saya rasa bersalah dan serik untuk memelihara kucing.

Yang ramai2 datang rumah saya ini saya tak tahu siapa pemiliknya. Bukan kucing saya. Namun sebagai tetamu saya tetap meraikan mereka dgn jamuan istimewa (walaupun hanya atas lantai). Tiap kali saya balik dari masjid, mereka pasti berlonggok depan rumah dan memandang ke arah saya dengan ghairah.

Saya tahu apa kehendak mereka. Lalu saya tuangkan makanan yang saya beli di kedai utk santapan mereka. Namun antara ramai2 tu ada juga yang nakal dan buat perangai macam2. Yang paling selalu kena marah dan kena hambat dengan penyapu ialah si hitam tu.

Tidur nak tempat special. Atas bumbung kereta. Habis calar balar dibuatnya. Pantang pintu rumah terbuka sikit, mulalah dia menyusup masuk, mencari rezeki di dalam. Kadang2 saya angin juga dgn si hitam tu. Penyapu lidi memang sentiasa standby. Bukan nak pukul kucing. Tapi pukul lantai supaya kucing lari.

Dalam nak marah ke kucing ni, tiba2 malam tadi berlaku satu insiden luar biasa. Seekor ular sebesar lengan anak bongsu saya cuba menyelinap masuk ke dalam rumah. Saya di masjid. Isteri dalam rumah. Ada seseorang di luar rumah menyaksikan kejadian itu.

Melihatkan kelibat ular itu, para kucing gelandangan diketuai oleh si hitam segera bertindak. Mereka mengepung ular berkenaan yang saya pun tak pasti ular sungguhkah atau makhluk jin. Lalu dengan semangat juang dan berbekalkan ilmu kependekaran panglima Bukit Segumpal mereka mengasak ular itu hingga ke belakang rumah. Menyebabkan akhirnya si ular lari dalam kegelapan malam, mencari api yang terpadam… Maaf, tersasul ke lirik lagu Abg Bob Lokman.

Saya terhutang budi dengan si hitam dan rakan2nya. Rupanya si hitam tak terasa hati pun saya selalu hambat dia dgn penyapu lidi. Justeru pagi ini, pulang dari solat subuh saya sediakan menu istimewa utk mereka. Kebetulan dedak kucing dah habis. Saya beri mereka makan nasi digaulkan dengan ikan talapia masak lemak. Selamat bersarapan.

Kredit; Ustaz Aris Hazlan Ismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*