Dulu pernah dihalau dari dewan kuliah Univ. kerana disangka kafir kini, pendakwah besar di Indonesia

Lantaran kerana berkulit hitam, berambut kerinting bagai pohon beringin… beliau pernah dihalau dari dewan kuliah oleh dosen (pensyarah) kerana disangkanya bukan beragama Islam. Inilah kisah pendakwah terkenal dari Papua/Irian Jaya, Fadlan Garamatan, yang merupakan graduan sarjana ekonomi, jurusan pembangunan.

Sebelum bermula pengajian, ketua pelajar telah memaklumkan kepada dosen (pensyarah) ada seseorang kelihatan seperti non muslim dari Irian Jaya di dalam dewan kuliah. Lalu dosen mengumumkan, “Yang merasakan tidak beragama Islam silakan keluar karna hari ini mata kuliah Agama Islam.”

Fadlan tidak menyangka apa2 dari pengumuman itu. Dia tidak keluar. Kerana dia beragama Islam.
Melihatkan tiada siapa pun keluar, dosen berdiri dan mengherdik Fadlan, “Keluar kamu! Kamu kan dari Irian Jaya.” Ketika itu baru Fadlan sedar rupanya yang dimaksudkan oleh dosen sebagai bukan Islam tadi adalah dirinya.

Kenapa dia dianggap bukan Islam? Hanya kerana dia berkulit hitam, berambut kerinting?

Fadlan tidak keluar. Sebaliknya dia bangun dan maju ke hadapan. “Sebelum saya keluar, saya minta dosen jawab 3 pertanyaan saya; Pertama, adakah Islam itu agama untuk bangsa Arab, Bugis dan Makasar sahaja? Atau ia rahmat untuk seluruh alam semesta?

Kedua, siapakah sahabat Nabi SAW rambutnya kerinting, badannya hitam, suaranya merdu?
Ketiga, sila bawa Al Quran dan berikan kepada setiap pelajar saya mahu dengar setiap mereka membacanya.”

Dosen tidak menjawab soalan 1 dan 2. Tetapi beliau mengambil Al Quran dan memberikan kepada pelajar di belakang sekali supaya dibaca oleh semua pelajar secara bergilir. Seorang demi seorang diberikan Al Quran. Ada yang boleh membaca. Ada yang tidak bisa.

Fadlan tidak sabar menanti Al Quran itu diberi kepadanya supaya dia boleh buktikan dia mampu membacanya. Sehinggalah Al Quran itu sampai kepada orang di sebelah kirinya. Disangka selepas ini dosen akan mempelawanya membaca. Tetapi sangkaannya meleset. Dosen terus menghulurkan kepada pelajar selepasnya.

Pelajar ke 44, 45…. Dan apabila sampai kepada pelajar ke 46 dia sudah tidak sabar. Dia bangun dan terus mengambil Al Quran dari tangan dosen. “Subhanallah, begitu saya buka sahaja Al Quran surah yang terpapar untuk saya baca ialah Surah Al Hasyr yang artinya pengusiran! Cocok sekali. Saya baca 3 ayat terakhir.”

Setelah itu dosen menyimpulkan, dari 47 orang pelajar yang disuruh membaca, hanya 7 orang termasuk Fadlan mampu membaca dengan baik dan benar. Fadlan memberanikan diri membuat permintaan seterusnya. Dia mohon diizinkan berceramah. Dosen mengizinkan.

Tema yang dipilihnya ialah “Al Quran sebagai petunjuk kepada manusia” (القرآن الكريم هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان). Antara lain beliau tekankan bahawa Al Quran bukan untuk orang m4ti. “Orang mati sudah tuntas. Kecuali 3 hal, anak soleh, amal jariah dan ilmu bermanfaat. Tetapi bagi orang hidup Al Quran harus menemaninya sepanjang hati. Apa lagi mahasiswa,” ujarnya penuh semangat.

Dosen dan pelajar2 khusyuk mengikuti ceramah Fadlan. Sedar tak sedar Fadlan telah menyampaikan ceramahnya selama 1 jam setengah. Pelajar2 berpuas hati. Dosen juga gembira. Hinggakan beliau berkata, “Hari ini, mata kuliah Agama Islam sudah diajarkan oleh ‘dosen’ dari Irian Jaya.”

Alhamdulillah, Fadlan bersyukur. Berbekalkan kulit tubuh yang hitam, rambut kerinting bagai pohon beringin, dengan kebolehan membaca Al Quran, kemampuan menyampaikan ceramah, kini Fadlan Garamatan adalah salah satu nama besar dalam dunia dakwah di Papua dan Irian Jaya. Allahu Akbar!

Kredit; Ustaz Aris Hazlan Ismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*