Jika kita berada di Mina dan menghadap ke Mekah, di sebelah kanan kita ada sebuah bukit yang sangat besar dinamakan sebagai Bukit Tsabir. Bukit ini memanjang sehinggalah ke hujung Mina.
عَن عليٍّ، أنَّ مُكاتبًا جاءَهُ فقالَ : إنِّي قد عَجزتُ عَن مكاتبتي فأعنِّي ، قالَ : ألا أعلِّمُكَ كلِماتٍ علَّمَنيهنَّ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ لو كانَ عَليكَ مثلُ جَبلِ صَبيرٍ دينًا أدَّاهُ اللَّهُ عَنكَ ، قالَ : قُل : اللَّهمَّ اكفني بِحلالِكَ عن حرامِكَ ، وأغنِني بِفَضلِكَ عَمن سواكَ
Maksudnya: Suatu hari, seorang hamba mukatab (yang boleh menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) bertemu dengan Ali R.A. Hamba ini berkata kepada Ali: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar tebusan kepada tuan aku. ”
Ali R.A berkata: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar Bukit Tsabir, maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu.
” Katakanlah: “اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ” (Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu.) [Sunan Tirmizi (3563), Hadis Hasan Gharib.] Dalam riwayat lain, juga disebut sebagai Bukit Tsir.
Semoga Allah kurniakan kita keluasan rezeki daripada-Nya tanpa perlu bergantung kepada makhluk. Bagi yang dapat menunaikan haji pada tahun ini, bolehlah melihat Bukit Tsabir ini dan seterusnya mendalami lagi maksud hadis Nabi SAW.
Kredit; YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Leave a Reply