Ya Allah, takdir telah tentukan dia sempat lafaz syahadah biarpun sgt berminat dgn Islam

Allahuakbar! Pagi tadi, menerima berita sedih. Insan yang berhajat memeluk Islam, tidak sempat melafazkan 2 Kalimah Syahadah. Pagi ini, mendapat khabar beliau telah menghembuskan nafas terakhir. Sejak bulan lalu, beliau hubungi saya untuk bertemu. Juga menyimpan hasrat ingin memeluk Islam. Lewat malam, menerima panggilannya.

Keesokkan hari, sebelah pagi, ayahnya buat panggilan mengejut, mengatakan beliau di kejarkan ke Hospital, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hampir sebulan beliau Koma. Hatinya tersimpan sebuah impian. Ingin menyembah pada Tuhan sebenarnya. Sehinggalah hari ini, takdir Allah, beliau pergi untuk selama-lamanya.

Antara kata-katanya “Ustaz, saya sudah mula terbuka hati untuk Islam. Cuma, bolehkah saya mahu jumpa Ustaz dulu. Mahu tahu tentang Islam. Kemudian, saya ada hajat. Sekiranya saya sudah Islam, bolehkah saya mahu buat kenduri. Supaya, semua orang tahu saya Islam sudah.

Cuma, sekarang saya tidak berapa sihat. Jadi, saya ingat nanti sudah sihat sikit, saya mahu dengar penjelasan Ustaz, baru saya masuk Islam bersama keluarga. Saya mahu anak isteri saya semua Islam satu kali.”

Kenal dengan beliau, sejak tahun 2013. Beliau antara yang kurang bersetuju, Ibu dan ayahnya memeluk Islam. Walaupun demikian, kita tetap santuninya, selalu bertemunya. Juga menggunakan khidmatnya, apabila perjalanan ke Bandar Keningau.

Setelah bertahun, kenal dengannya, Allah izinkan hatinya semakin berminat pada Islam. Hatinya lembut, setelah mengetahui Al-Marhum Ayahanda Ustaz Mohd Fadli Yusof, selalu tanya khabarnya dan kirimkan duit, buat rawatan penyakit yang di alami.

Sejak Al-Marhum ayahanda meninggal, beliau begitu sedih. Juga tahap kesihatan beliau semakin kurang. Apa yang Al-Marhum ayahanda lakukan ketika hidupnya, kita terus sambung berbuat. Bertanya khabar, selalu kirim duit buat rawatan. Juga doakan hidayah setiap masa.

Akhirnya, beliau menyatakan ingin memeluk Islam. Cuma hajatnya, ingin sihat dari sakitnya terlebih dahulu. Juga bertemu terus, dan melafazkan 2 kalimah Syahadah. Takdir Allah, esoknya beliau Koma di Hospital.

Setelah dapat khabar, beliau telah sedar dari Koma, saya bersama pasukan terus terbang ke Sabah. Cuma tidak mendapat kebenaran untuk bertemunya, oleh sebab keadaanya yang kritikal. Setiap hari, berterusan berhubung dengan keluarganya. Untuk mendapatkan perkembangan di sana.

Takdir Allah segalanya. Alhamdulillah, sepanjang berkenalan dengannya, sempat juga mengajarkannya ucapan 2 kalimah Syahadah, cuma ketika itu, hatinya belum bersedia. Mudah-mudahan, di sisi Allah, beliau telah Islam. Insya-Allah. Segalanya dengan izin Allah.

Salam Takziah buat semua ahli keluarganya. Insya-Allah, sekarang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Hospital Keningau. Ziarah keluarganya. Mudah-mudahan ada yang menerima hidayah Allah. Aamiin Ya Rabbal’Alamin.

Kredit; Safwatullah Bin Mohd Fadli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*