Kisah sedih seorang ustaz dan anaknya gagal solat Jumaat…

Walaupun solat Jumaat di sini masih dihadkan hanya pada 40 orang, tadi kami cuba juga untuk pergi. Saya suruh anak² mandi dan bersiap awal. Namun apabila sampai, kami dimaklumkan petugas dengan baik bahawa perlu pulang maka kami pun beredar.

Mereka memohon maaf pada kami. Tidak mengapa kerana kami telah pun cuba menunaikan seruan Jumaat ke atas kami. Mereka dan kami sama² telah menunaikan tanggungjawab masing². Insya Allah, keadaan akan kembali pulih selepas ini.

Saya teringat catatan Imam Abu Ishaq al-Shirazi dalam Tabaqat al-Fuqaha’, kisah Imam al-Buwayti dalam pen.jara. Beliau akan mandi pada setiap hari Jumaat dan memakai pakaian solat. Apabila azan Jumaat berkumandang, beliau akan berjalan dengan tangan dan kakinya diikat rerantai besi menuju ke pintu pen.jara lalu disekat oleh pengawal lalu menyuruhnya kembali ke sel tahanan.

Beliau berkata :
اللهم إنك تعلم أني قد أجبت داعيك فمنعوني.
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa daku telah menyahut seruan (azan)Mu, namun mereka melarang akan daku).

Kredit; Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*