Jgn pandang rendah budak kelas hujung…

Aku murid kelas belakang dari F1 hingga F5. Kelas yang paling jarang cikgu masuk. Boleh kira dengan jari berapa kerat je cikgu, ustaz masuk ngajar. Lebih banyak duk sembang atau belajar sendiri. Pernah satu ketika masa dah dekat dengan SRP, aku merangkak masuk menyorok di belakang kelas pandai semata-mata nak belajar. Matematik masa tu. Sebab cikgu yang ngajar tu best sangat (beliau tak ngajar kelas hujung).

Pernah ada cikgu tuding atas dahi cakap “mung budok takdok masa depan!” Pernah karangan BM aku dijadikan ‘contoh’ “karangan paling ter0k di abad ini”. Dijaja satu kelas. Pernah jugak dihalau dari makmal sebab silap terlebih bubuh magnesium ke apa ntah. Berasappp!!? budak bod0h la katakan?‍♂️
Cukuplah aku balas dengan sengih kerang busuk masa tu.

Tapi akhirnya, masa depan aku jadi cikgu…

Bermulalah episod ‘trauma’ budak kelas hujung jadi episod ‘balas dend@m’. Dend@m cikgu berasal dari budak kelas hujung ni aku balas dengan aku lebih suka ngajar budak kelas hujung dan tak berapa selesa ngajar budak kelas pandai.

Aku lebih suka melayan budak kelas hujung dan yang sedang-sedang. Yang seringkali dianggap bod0h! Mereka bagi aku bukan ‘b0doh’ tapi keupayaannya dalam akademik kurang. Sebabnya kelebihan mereka bukan pada akademik tapi punyai kemahiran kognitif lain. Sangat bijak dalam mengurus perkara lain selain akademik.

Tapi kurang diberi perhatian, tiada peluang dan dipaksa mengadap akademik serta dinilai dalam perkara yang salah. Ironinya dalam sistem pendidikan kita, penilaian ‘pandai’ itu pada akademik. Berapa jumlah ‘A’ yang kau dapat. Banyak ‘A’ kau pandai. Banyak ‘G’ kau b0doh!

Budak kelas hujung ni lebih menonjol dalam aktiviti melibatkan fizikal. Kalau budak kelas atas, bila ada aktiviti gotong royong ke apa memang culas. Buat-buat sibuk. Cabut rumput pun boleh demam? Pernah aku ditugaskan mengajar sebuah kelas 20 orang semua laki. Murid-murid hard core. Ada sorang ni Abang Long kawasan. Ditakuti oleh semua pelajar dari F1 hingga ke F6. Pernah puk0l budak F6. Aku bawak pi balai. Siap tidur lokap.

Tapi budak ni selalu bersama aku. Mudah mintak tolong. Walaupun bontotnya acapkali lebam aku libas atas macam-macam kes disiplin. Gaduh, merokok, jamu akok tengah hari bulan puasa, ponteng… Lepas SPM lebih kurang 2-3 tahun kemudian (lebih kurang), ada sorang anak muda tahan aku tepi jalan.

Hitam lik lik muka. Lepas tu tiba-tiba salam dan peluk aku. “Cikguuu!!”
“Mung sapo?”
“Cikgu tok kenal kito? Kita … hok cikgu brehi sepak mulo.” Sambil gelak.

Hahaha..ingat lagi dia aku sepak sokmo. Tiba-tiba dia keluarkan barang dari beg dia. “Nah cikgu, kita nok tunjuk ko cikgu kita bulih gapo ni.” Dia hulurkan aku sebilah pisau dan beret! “Kito baru habis latihan komando cikgu. Tu mari cari cikgu nok tunjuk.”

Allahu..budak ni.? Padanlah dengan hati kering dia. Itulah bila masa depan aku lagi, aku jadi cikgu kepada budak-budak yang nak jadi cikgu dan kadang-kadang jadi cikgu kepada cikgu, seringkali aku tekankan soal amanah core business seorang cikgu ni.

Jagalah. Jangan sesekali memandang rendah pelajar lemah akademik. Lihat sudut pandang kelebihan lain yang mereka ada. Tugas memanusiakan manusia ni tak semudah memanusiakan anak monyet!

Kredit Artikel ; Aseef Alwee
Kredit video; @naive_80

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*