Hentikan budaya edit foto dgn dialog utk gurauan krn ia satu D0SA…

Sekadar gurauan? Ya, saya tidak menolak gurauan, bergurau lah tetapi bersederhanalah dengan gurauan kita. Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gurauan diatas tanpa mengetahui gambar siapa dan kenapa dia menangis dalam keadaan sebegitu.

Gambar di atas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, P.Pinang, kawan saya ini dirakam gambar nya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa Tsunami pada tahun 2004.

Di dalam tr4gedi itu saudara Zul kehilangan 5 anak anaknya sekaligus termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa Tsunami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Lima anak Zulkifli yang terk0rban ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5. Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.

Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau. Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa, dan kenapa saudara Zul bersedih sebegitu, justeru saya nasihatkan kita seeloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun.

Mari tonton tazkirah ini dan sebarkan supaya budaya yang membawa D0SA ini dapat dibendung…

Kredit; Syed Mohd Nazli Jamalullail
Kredit video; Jom Kuliah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*