DHA1FNYA Jln Melayu di ibukota di bumi yg Datuk Bandarnya Melayu…

Menteri ini nampaknya telah melakukan sesuatu yang sangat membanggakan terutamanya bangsa Melayu sejak mengambil alih jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau telah memudahkan permohonan lesen bagi penjaja, membantu golongan gelandangan.

Baru beberapa hari yang lepas, beliau menegaskan sesiapa sahaja boleh berniaga di tempat2 tertentu dan memohon lesen berniaga di ibukota dengan memohon lesen dari DBKL. Langkah ini disambut dengan rasa syukur dan pujian daripada semua terutamanya pada musim pendemik ini.

Dan yang paling baru adalah hari ini, beliau telah menyatakan kekecew4annya bila melihat satu-satunya jalan yang diberi nama JALAN MELAYU di ibukota berada di dalam keadaan yang dhaif. Sungguh pel1k, dah berapa lama dan dah berapa Datuk Bandar silih berganti namun, perkara ini menjadi isu yang terlepas pandang…

Mari lihat apa kata TS Annuar Musa berkenaan dengan perkara ini…

Saya dan Datuk Bandar lawati JALAN MELAYU, KL… satu satunya nama Jln Melayu tapi kenapa mesti selekeh, tak kemas dan tiada identiti Melayu? Jln Mesjid India sebelahnya sudah cantik. Saya mahu DBKL serta merta naik tarafkan dan indahkan JALAN MELAYU KL dan izinkan peniaga berniaga di situ.

Kredit foto; Tan Sri Annuar Musa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*