Rider Food Grab tolong lelaki 0KU lintas jalan dapat pujian netizen

Terakam di lensa kamera bagaimana seorang lelaki berhati mulia, penghantar pesanan makanan online, sanggup memberhentikan motosikalnya semata-mata ingin membantu seorang lelaki yang cac4t penglihatan melintas jalan. Lokasi berdekatan dengan Masjid Lama Batu 6, Gombak.

Walaupun di dalam kesibukan rutin kerja harian menghantar pesanan orang yang selalunya sering meru.ngut jika sampai lambat, beliau tetap berhenti untuk menghulurkan bantuan buat lelaki 0KU penglihatan tersebut.

Admin teringat pesanan ustaz – berbuat baiklah walaupun di dalam perkara yang dipandang kecil oleh orang lain kerana kita tidak akan tahu amalan mana yang bakal membawa kita ke Jannah. Semoga Allah memberkati hidup kita semua…

Kredit; Fariza Hassan Basri via Info Roadblock JPJ/POLIS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*