Subhanallah, bukan hanya manusia tapi binatang di zoo pun dapat sentuhan kasihnya…

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal pkp. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi.

Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran. Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara.

Kredit; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*