Begitu B1ADAB sekali DS Dr Noorhisham DIH1NA…

Fahmi Reza si kartunis murahan ni sebelum ni pernah menerbitkan sebuah karikatur mengh1na menteri Agama, DS Dr Zulkifli Al Bakri, kali ni beliau berterusan bert1ndak b1adab lagi kurang ajar apabila melukis karikatur yang mengh1na wira negara, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Adakah patut dia lukis gambar Ketua Pengarah Kesihatan dalam mangkuk tandas?

Puncanya kerana Dr Noor Hisham menjawab, “please use the toilet (tolong gunakan tandas)” dalam Twitter sebagai maklum balas terhadap seorang netizen yang menggunakan perumpamaan ‘guru kenc1ng berdiri, murid kenc1ng berdiri’ berhubung perbuatan pihak tertentu tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dr Noor Hisham itu sebenarnya berkias meminta semua pihak tanpa mengira golongan kayangan atau rakyat marhaen supaya menunjukkan contoh yang baik. Tetapi Fahmi Reza yang pernah mencetuskan kontr0versi dengan mengiktiraf pengg4nas komun1s sebagai pejuang kemerdekaan telah mengambil kesempatan untuk mengh1na Dr Noor Hisham.

Mungkin sel-sel otaknya kurang berhubung sehingga menyebabkan si pencinta pengg4nas komun1s ini tak faham maksud sebenar yang ingin disampaikan Dr Noor Hisham. Pengh1naan yang sangat bur0k terhadap Dr Noor Hisham itu boleh dianggap sebagai pengh1naan terhadap seluruh petugas barisan hadapan dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang berhempas-pulas saban hari memerangi COVID-19.

Sudah tentu perasaan mereka tercalar dan ters1nggung apabila Dr Noor Hisham yang merupakan ‘jeneral’ mereka dih1na sedemikian rupa. Seperti Dr Noor Hisham, ramai dalam kalangan mereka yang bekerja siang malam tanpa cuti sejak COV1D-19 mula dikesan.

Tidak dapat dibayangkan betapa luluhnya perasaan mereka apabila ‘panglima’ Kementerian Kesihatan diperle.kehkan oleh si kartunis murahan yang mencintai pengg4nas komun1s ini.

Kredit; https://hussaini-tukangtulis.blogspot.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*