Siapa sangka dengan hanya menyimpan duit syiling selama tiga tahun seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85).
Peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi buukit sesuai digunakan bagi menggambarkan ‘kegigihan’ wanita ini.
Simpan duit syiling tunai umrah.
Menerusi Perk0ngsian sambasinformasi di laman Instagram memaparkan seorang wanita yang sempat bergambar bersama duit syiling yang disimpan sebelum membungkusnya ke dalam plastik. Bahkan, turut kelihatan beberapa lndividu yang lain membantunya dalam mengira duit syiling tersebut.
Menerusi lap0ran, duit simpanan tersebut dipercayai akan digunakan bagi menunaikan umrah.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan mereka turut mendoakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan serta dapat menunaikan niat baiknya itu.
Sumber: Suara.Com
Via ohbulan
Leave a Reply