Assalamualaikum… Saya tergerak untuk bagi pencerahan… Baik pertama, tuan puan semua tinggal di Kedah kan? Tahu tak permohonan bantuan boleh dibuat di MASJID KARIAH masing masing tanpa perlu hadir ke pejabat? Sejak tahun 2018 dibuat macam tu? Tahu tak?
Kedua, kaunter zakat hanya nampak banyak bila musim Ramadan untuk kutip zakat? Tapi tak nampak kaunter agih? Baik. Kalau tuan puan nak tunai zakat contoh tinggal di kawasan Padang Serai tapi perlu hadir ke pejabat di Pekan Kulim semata mata untuk bayar zakat fitrah RM7 berbaloi tak?
Dan tahu tak di MASJID KARIAH tuan puan ada pusat agihan bekalan makanan dan setiap bulan bekalan baru akan dimasukkan untuk diagihkan? Ya. Pasti bukan semua yang dapat sebab bekalan adalah terhad. Tapi masih ingat semasa PKP 1.0 pejabat zakat agih beratus ribu bekalan kecemasan untuk yang terjejas?
Ketiga, tuan puan kata si fulan tak dapat zakat. Tak merasa duit zakat… Tuan puan yakin kesahihannya? Sebab bantuan bulanan zakat masuk terus ke akaun macam gaji.. Dan selalu mak cik pakcik keliru sama ada duit zakat atau duit JKM yang masuk. Tahu tak?
Keempat, kononnya kroni yang dapat. Baik.. Tuan puan pernah tengok senarai nama penerima bulanan di papan kenyataan MASJID KARIAH tuan puan tak? Pernah belek tak satu persatu? Semua penerima tu ada perkaitan adik beradik tak dengan mana mana kakitangan zakat?
Kelima, kalau borang sekeping dan dokumen pun malas nak diisi dan dilengkapkan.. Macam mana kalau ada pihak tanya kepada pihak zakat kesahihan wang diagihkan? Orang mau bukti.. Kalau tak isi borang dan tak ada dokumen tuan puan kat pihak zakat, orang nak percaya ka kata duit diagih?
Keenam, tuan puan yakin ka gereja lagi mudah agih? Tuan puan pernah pergi minta di GEREJA PEKAN KULIM tak? Pernah atau sekadar cakap kosong? Sebab pihak gereja pekan kulim sendiri nafikan bantuan kecemasan tanpa sebarang dokumen.
Ketujuh, kalau tuan puan tak suka pejabat zakat itu terserah, tapi sekiranya pejabat zakat jalankan amanah dengan sebaiknya tapi tuan puan menyebarkan kebencian, tanggunglah sakitnya fitnah.
Wassalam..
Kredit; لطفي امير
Leave a Reply