Masya Allah, Youtuber Gaming ini sangat mengagumkan

Kun Anta

Masya Allah, AboFlah merupakan Youtuber Gaming Arab yang tinggal di Kuwait. Nama sebenar beliau ialah Hasan Suleiman. Beliau mempunyai Subscriber sehingga 15 million. Apa yang beliau lakukan setelah follower beliau bertambah?

1 – Apabila cecah 5 million pertama, beliau bina masjid di Afrika.
2 – Apabila cecah 8 million, beliau menanggung pengajian 8 orang pelajar untuk belajar di Universiti Swasta.

3 – Apabila cecah 9 million, beliau menanggung 9 orang anak yatim.
4 – Apabila cecah 10 million, beliau melakukan satu projek kutipan untuk pesakit buta dan membuat kutipan dana sehingga terkumpul lebih 300K USD dan boleh merawat sehingga 1500 pesakit.

5 – Apabila cecah 12 million, beliau memindahkan pelarian Syria dari kem ke 12 buah rumah. Perbelanjaan tersebut mencecah 20k USD dan apabila beliau membuat kutipan, kutipan tersebut mampu menambah sehingga 58 buah rumah lagi.

6 – Apabila cecah 15 million, beliau melaksanakan aktiviti jelajah kanak-kanak yang sakit di beberapa buah hospital dan memberikan mereka hadiah serta bantuan kewangan.
7 – Dalam satu kempen bantuan pelarian Syria secara besar-besaran, beliau merupakan antara penderma paling banyak dalam kempen tersebut kerana beliau menderma sehingga 10 ribu USD.

Pesan beliau :
“Tidak penting untuk orang ramai tahu siapa saya. Yang penting, mereka dapat lakukan apa yang saya lakukan dalam berbakti kepada manusia yang memerlukan”

Sumber : Channel AboFlah via Kun Anta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*