Innalillahi wainnailaihi roji’uun, Kelantan batal bazar Ramadhan, Madinatul Ilmu jadi pusat kuarantin

Malaysia Gazette

Kes positif C0vid-19 yang dilaporkan semakin meningkat di Kelantan, mem4ksa kerajaan negeri itu membuat keputusan membatalkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri. Keputusan itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr, Izani Husin, sebaik Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kes harian C0vid-19, semalam.

“Bazar Ramadan Bazar Aidilfitri Seluruh Kelantan Dibatalkan. Madinah Ramadan Ditukar Menjadi Pusat Rawatan Dan Kuarantin C0vid-19 Ber1siko Rendah (Pkrc). Ikhtiar Demi Membendung Penularan Covid-19,” tulisnya dalam laman Facebook miliknya.

Menurut beliau, mengikut KKM, sehingga semalam, kes positif C0vid-19 di Kelantan merekodkan sebanyak 171 kes, iaitu ketiga tertinggi di negara ini selepas Selangor 415 kes dan Sarawak 296 kes.  “Kelantan mengenal pasti satu kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang melibatkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi menerusi jumlah kapasiti penjual dan pembeli bersesuaian dengan lokasi. Katanya, peniaga hanya dibenarkan melayan dua pelanggan pada satu-satu masa.

Pertengahan Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenar operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara sepanjang Ramadan ini. Katanya, orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP ditetapkan dan akan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing.

Selain itu, kerajaan juga membenarkan solat Tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.

Kredit;  MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*