[Video] Sebarkan kasih sayang bukan KEBENC1AN

POLIS DAERAH SUBANG JAYA

Hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dan yang kekal adalah di alam akhirat kelak. Ayuh sebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada orang lain agar kita dapat membina peribadi yang baik serta positif.

Contohilah sifat kebaikan ditunjukkan oleh Koperal Fairul Azizi Che Mansor dari Balai P0lis USJ 8, Ibu Pejabat P0lis Daerah Subang Jaya yang membantu orang kelainan upaya (OKU) ketika hadir membuat urusan di balai p0lis tersebut. Semoga Tuhan selalu melimpahkan rahmat di atas segala amal kebaikan yang dilakukan.

P0LIS DAERAH SUBANG JAYA wrote…

Terima daripada rakan yang menyaksikan insiden ini pada 21/03/21 jam 3.15 petang. “Saya berada di balai p0lis USJ 8 untuk memohon permit kerja untuk rentas negeri. Pada masa itu hujan lebat. Tetapi terdapat seorang pegawai p0lis bernama Fairul berlari sambil membawa payung ke tempat letak kereta untuk membantu seorang pengadu Orang Kelainan Upaya dengan pantas.

Sebaik sahaja pengadu itu sampai di dalam bangunan balai p0lis, pegawai p0lis tersebut sanggup tunggu dan menyuruh pengadu untuk menukar pakaiannya dulu kerana beliau basah kuyup… Setelah pengadu itu selesai membuat laporan p0lisnya, pegawai p0lis tersebut membantunya ke kereta pengadu.

Saya sangat terharu dan mengucap terima kasih kepada pegawai p0lis tersebut. Kita harus menyebarkan berita ini mengenai pegawai p0lis tersebut kerana layanan beliau yang baik tak kira bangsa dan agama.

Kredit; Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Sumber: POLIS DAERAH SUBANG JAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*