Terkini; Ebit Lew santuni 300 suku Jakun di Paloh Hinai, Pahang. Moga jadi asbab suku ni bersyahadah suatu hari nanti…

Sayu hati bila dapat berita ada satu kampung Asli Belukar Paloh Hinai, 300 penduduk putus bekalan makanan putus selama 6 hari. Suku Jakun, mereka tak Islam.. Ada beberapa orang Islam. Kedai runcit kecil ada 1 tapi dah tiada barang kerana jalan mereka terputus.

Mereka ada 2 biji bot kecil jer. Terus bergegas dari Jerantut ke Paloh Hinai. Kami bawa 500 set makanan siap dan juga yang boleh dimasak. Beri sedikit duit belanja pada mak dan anak-anak. Sebaik sampai semua sambut kita.

Sayu bila semua berebut datang ke bot kami. Betul-betul ramai memerlukan saat ini. Tak cukup tenaga dan masa. Berat rasa hati. Sepanjang hari ini guna bot hantar makanan. Kami 8 bot pergi dari satu tempat ke satu tempat.

Risau berdebar juga kerana dari 8pagi sampai 3 petang ini masih di atas air. Hujan tak berhenti sepanjang hari. Makin lebat jer. Air makin naik jer. Lalu sungai Pahang ke beberapa tempat.
Terkejut jalan semua dah macam sungai. Langsung tak naik kereta dah. Semua naik bot.

Ya Allah mudahkanlah semua urusan. Doakan yer..sedih tengok dah 5hari semua barang perabot, kereta dan rumah tenggelam. 5 hari tiada elektrik dan air dibanyak tempat banjir. Banyak sangat jalan terputus dinaiki air. Betul terasa beratnya…

Kredit; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*