Lelaki memang susah men4ngis, namun ketika mereka menceritakan tentang detik-detik cem4s bertar0ng menyelamatkan nyawa, jari mereka tidak henti menyapu air mata. Ada yang mengikat diri dengan tali pada pokok, berendam dengan air lebih 10 jam sementara bantuan datang.
Sepanjang tempoh itu terpaksa bertahan dalam air yang sejuk dan laju. Satu badan kekejangan dan tak berdaya kelaparan. Ada yang berada di bumbung sejak jam 4.00 ptg, jam 4.30 pagi baru bantuan sampai, 12 jam lebih dan sekeliling umpama lautan, hanya tinggal hujung atap rumah untuk bertahan.
Ada yang rumah mereka diami sekian lama, bila datang kembali selepas banjir surut hanya tinggal tangga... Allahu Akbar. Kereta yang selama ini dipakai mencari rezeki totally lost. Hanya melihat dengan mata dan rasa yang sungguh h1ba.
Ada yang semua kenderaan miliknya tak dapat diselamatkan. Dan pelbagai cerita meny4yat hati yang kami sendiri dengar dan berjumpa dengan mereka. Kampung yang kami ziarah ini antara lokasi yang paling lambat terima bantuan disebabkan arus air yang terlalu deras menyebabkan bot bomba sangat sukar untuk sampai.
Tuan Puan,
Bila kami tanya sendiri kepada para lelaki ketua keluarga, apakah keperluan pertama yang mereka perlukan untuk memulakan kehidupan baru, mereka jawab peralatan untuk memasak, seperti dapur, tong gas, periuk, kuali dll.
Kebanyakannya dah rosak dan hilang dibawa arus. SubhanAllah, senarai yang sama kami sedang siapkan. Terus kami maklumkan InsyaAllah jumaat esok kami akan hantar. Jadi, apa yang diperlukan sekarang, kami mencari pihak yang boleh membekalkan kami (untuk dibeli) dalam tempoh segera:
Tong Gas : 300 unit
Dapur masak : 300 unit
Periuk biasa : 300 unit
Kuali : 300 unit
Cerek masak air : 300 unit
Pinggan mangkuk : 300 unit
Atau boleh wassap terus kepada : http://www.wasap.my/60129029100/PembekalDapur
Kepada yang ingin menyumbang :
Infaq Tabung Kecemasan Mangsa Banjir :
Sahabat I Care Resources :
12225010026317 [Bank Islam] Atau
https://toyyibpay.com/Sahabat-I-Care2 (Ansi System)
Kredit; Asma’ binti Harun
Penaung NGO Sahabat Amal Care
Leave a Reply