Kisah org baik drpd Johor ni derma sebuah pikap utk tujuan amal Abam Botak

“Gembira dalam t4kut” inilah perasaan yang aku rasakan sekarang. Soalnya mampukah kami istiqomah memikul amanah yang diberikan. Aku t4kut kerana beban yang ditanggung makin besar. Kali ni kami menerima amanah daripada ayahanda Hj. Ismail Sulor dan keluarga daripada Johor.

Ya kali ini kita di Sandakan terima bantuan daripada orang Johor lagi. Orang Johor ni memang baik-baik semuanya. Ustaz Afif yang bertugas di forensik juga dari Johor. Team 88 Forensik Johor yang membantu kita baru-baru ini juga daripada Johor.

Dan kini kita dibantu dengan kereta juga daripada orang Johor. Semoga hubungan baik antara orang Sabah dan Johor ini tidak pernah sirna dan pudar. Terima kasih Haji Ismail dan keluarga atas kemurahan hati menyumbangkan kenderaan ini.

Semoga Allah menerima segala amal kebajikan dan Ibadah yang telah kita lakukan ini. Dan Hanya Allah jualah sebaik-baik pembalas dan sebaik-baik penolong kita semua. Insha-Allah setelah berbincang dengan rakan-rakan.

Kami akan cuba manfaatkan kenderaan ini untuk kegunaan membawa pesakit ke hospital dan menghantar pesakit balik ke rumah mereka. Insha-Allah kita akan aktifkan semula kerja amal tersebut.
Doakan kami teman-teman. Semoga terus kuat dan mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Aminn

Kredit; Abam Botak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*