Dr Zulkifli jumpa CEO TH – ‘Saya tidak mahu kata-kata kurang sopan…’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kumpulan TH Properties Sdn. Bhd. Damanhuri Mahmod diingatkan tidak lagi menggunakan kata-kata kesat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, nasihatnya itu disampaikan ketika pertemuannya bersama Damanhuri hari ini susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam video yang tular baru-baru ini.

“Saya tidak mahu lagi bahasa-bahasa dan tutur kata sebegitu sekalipun kita dalam keadaan m4rah amat sangat kita kena ikut apa Nabi cakap, siapa beriman maka cakaplah yang baik. “Kita pun diajar oleh Allah cakap dengan manusia bahawa yang baik,” katanya pada sidang media selepas melawat sebuah kilang sejuk beku makanan di Segambut hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Damanhuri juga telah berjanji untuk tidak mengulanginya. Katanya lagi, CEO TH Properties itu mahu fokus terhadap pembangunan agar dapat mengembalikan kestabilan TH.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi hampir tiga minit menerusi media sosial memaparkan Damanhuri mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam satu mesyuarat yang dipercayai melibatkan kakitangan pentadbiran syarikat hartanah berkenaan.

Dalam kenyataan sama, TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih itu kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat. Semalam, Damanhuri memohon maaf dan menyatakan bahawa kata-katanya itu tidak mencerminkan nilai syarikat tersebut.

Kredit; MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*