‘Kluster Mek Semek’; Demi rindu yg membara, perantau pulang ke kg hadiahkan C0VID kpd keluarga…

Hari ni hari paling sedih (dah banyak kali sedih sebenarnya sejak c0vid mengg4nas) . Tapi today is my extraordinary sad day… bila saya melalui bilik2 isolasi di wad c0vid – wajah2 sayu warga emas yg dijangkiti c0vid memenuhi setiap bilik.

Ada pula yg sedang bertar0ng nyawa di ICU. Cari punya cari punca nya di mana…? Rupanya ada anak salah seorang warga emas ini yg namanya mek semek (bukan nama sebenar) yang bergejala pulang dari zon merah di pantai barat sana.

Mek semek pulang ke kelate dengan kerinduan membara … melawat, memeluk ibunya si warga emas (walaupun bergejala dan menganggap ini “demam & selsema biasa”) tanpa memikirkan r1siko yang dia mungkin membawa ? covid.

Ibu mek semek dijangkiti dan ibu mek semek pula menjangkiti ramai lagi rakan2 seusia nya ??? tanpa sedar (apa la orang tua tahu kan). Mek semek pula berkumpul adik beradik ?‍?‍?‍?dan adik semek , anak sedara semek, ipar duai semek habis turut dijangkiti…

Lebih 50 kes baru dan lebih separuh adalah warga emas yg berisiko, diabetes, sakit buah pinggang, d4rah tinggi membuat kami tidak senang duduk?. ICU mula standby sbb dah dpt agak akan ada yg terpaksa dirawat akibat komplikasi dan setiap hari sejak 3 hari lps ada saja yg terpaksa dihantar ke ICU….

Dan melihat pesakit2 kami yang menang1s ?bila call anak2 utk memberi kabar duka dij4ngkiti c0vid19 yang tak mengenal m4ngsa….luluh hati kami terbayangkan ibu-bapa masing2….Tak tahu dah nak cakap apa….and plan ambo nak cuti 2 hari esok & lusa terpaksa dilupakan (plan asal nak bercuti didepan komputer je pun sambil tgk netflix dan menghirup udara yg segar dlm rumah ?).

Kami berazam akan menyantuni pakcik2 & makcik2 yg diuji ini……semoga pahala buat mereka dlm menghadapi ujian Allah. Semoga Allah melindungi kita & keluarga dari wabak covid19 & musibah.
Oh mek semek…semek oh semek … Malas dah nak cakap pasal SOP…semua dah tahu tapi buat2 tak tahu…?Roger & out

Mari saksikan sebuah video yg dikongsikan oleh page  Kawe Anok Kelate untuk renungan bersama…

Kredit: Dr Anila Jelani Pakar Perubatan HRPZ2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*