Allahyarhamah Nurul Huda, pelajar Malaysia pertama disemadikan dimaqam para auliyak Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kem4tian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat aj4l sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jas4d arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi. 

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahm4t kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, m4tinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan m4ti. Kita akan m4ti di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan m4ti. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar m4ti dibun0h ketika solat. Saidina Othman, m4ti ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kem4tian yang mereka ukir.

Bukti kem4t1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang m4t1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kem4t1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kem4t1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kem4t1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Kredit; Siti NurSarah Binti Kusnin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*