Sunnah mudah tetapi selalu ditinggalkan sewaktu solat berjemaah

Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud. Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi ‎ﷺ tidak turun sujud melainkan Baginda ‎ﷺ telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim:

عن البراء بن عازب
كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : ” سمع الله لمن حمده ” لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.

daripada al Barra’ bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah ﷺ, apabila Baginda ‎ﷺ telah ruku’, mereka pun ruku’. bila Baginda berkata : samiallahu liman hamidah, mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi ‎ﷺ meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya. [Imam Muslim].

Kredit; Shah Al-Munzir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*