Jururawat balik kg, 4 ahli keluarga termasuk bayi dijangkiti C0vid-19

T1ndakan seorang jururawat yang bekerja di Selangor dan pulang ke kampung halaman di Kelantan, baru-baru ini, menyebabkan empat jangkitan baru Cov1d-19 di negeri itu, setakat hari ini. Ia termasuk melibatkan m4ngsa seorang bayi berusia 22 hari iaitu anak saudaranya dan warga emas berusia 75 tahun yang juga neneknya.

Menurut sumber, dua lagi melibatkan ibu dan adik kepada jururawat wanita. Katanya, jururawat wanita itu pulang ke kampung bersama seorang rakan pada bulan lepas (Oktober) sebelum kembali ke Selangor dan disahkan dijangkiti Cov1d-19.

“Jururawat tersebut pulang ke rumah ibu bapanya, kemudian singgah bertemu neneknya ketika mahu kembali ke Selangor. “Selepas itu kami penduduk kejiranan kampung m4ngsa mendapat berita mengenai nenek dan adiknya sak1t dan disahkan dijangkiti Cov1d-19,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Difahamkan jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta itu disahkan positif Cov1d-19 pada 29 Okt lalu. Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan pertambahan dua kes Cov1d-19 baru di Kelantan berpunca daripada jangkitan kes indeks dari Selangor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, melakukan sebanyak 70 ujian saringan Covid-19 terhadap kontak rapat melibatkan empat kes baru di Kuala Balah, Jeli, sejak Isnin lalu.

Katanya, kontak rapat kes sah dari Selangor yang pulang ke negeri ini dan menjangkiti ahli keluarga. “Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti.

“Dan sehingga kini pihak kami telah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif,” katanya di sidang media Pasukan Bantuan Jururawat Covid-19 ke Labuan di Wisma Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Sumber; malaysiakini.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*