Rahsia di sebalik nama IKEA & keperibadian pengasasnya yg menakjubkan…

Hangpa sakan shopping kat IKEA tu tau tak apa makna disebalik perkataan IKEA tu. Dan hangpa tau tak bahawa pemiliknya merupakan seorang billionaire yang berbeza dari orang kaya lain. Apa yang bezanya? Meh saya kongsikan 10 perkara menarik tentang pemilik IKEA ni.

Tapi sebelum tu, jom kita tengok apa makna di sebalik perkataan IKEA. Sebenarnya IKEA tu adalah ringkasan yang menggabungkan nama pengasas IKEA dan nama tempat pengasasnya membesar.
IKEA membawa maksud seperti berikut…

I = Ingvar, nama pertama
K = Kamprad, nama keluarga
E = Elmtaryd, nama ladang keluarganya
A = Agunnaryd, nama bandar kecil di Smaland, selatan Sweden

Bijakkan Ingvar Kamprad membina jenama yang mudah untuk diingat oleh semua jenis bangsa diseluruh dunia. Bayangkan jika dia letak nama perniagaannya penuh seperti Ingvar Kamprad Elmtaryd Agunnaryd. Mau berbelit lidah kita nak menyebutnya.

Ivan Kamprad ni merupakan seorang billionaire. Perniagaan IKEA telah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Namun begitu, gaya hidup Ivan Kamprad begitu berbeza sekali dengan status yang dimilikinya.
Berbeza dengan sesetengah billionaire yang hidup dengan rumah besar, kereta besar dan gaya hidup yang cukup mewah.

Antara perkara menarik tentang Ingvar Kamprad;

1. Ingvar Kamrad bila naik kapal terbang dia akan duduk di kelas ekonomi sahaja. Biarpun duitnya mampu beli satu kapal terbang.
2. Dia juga akan menginap di hotel murah apabila outstation. Bila makan di restoren dia akan masuk restoran yang sederhana sahaja. Paling tak tahan dia akan guna semula teh uncang yang telah digunakan.

3. Kereta dia pula bukan BMW, bukan Mercedes, bukan Audi atau kereta-kereta mewah lain. Dia hanya memandu kereta Volvo lama selama hampir 20 tahun. Dia tukar kereta tu pun sebab kereta tu dah tak selamat digunakan lagi.

4. Rumah dia duduk bukanlah rumah agam. Sebaliknya hanya rumah biasa seperti orang lain.
5. Paling tak tahan dia pernah dihalang masuk untuk menerima anugerah Business of the Year Dalam satu majlis gilang gemilang hanya kerana dia hadir dengan menaiki bas.

6. Ingvar Kamprad mula berniaga sejak usianya 5 tahun dengan menjual mancis sehingga usia 10 tahun. Kemudian dia jual ikan, hiasan pokok krismas, biji benih dan alat tulis. Asal barang boleh jadi duit je dia jual.

7. IKEA yang berada di seluruh pelusuk dunia sekarang diasaskan olehnya ketika berusia 17 tahun dengan wang hadiah pemberian ayahnya di atas kejayaannya menamatkan pelajaran.
8. Ingvar Kamprad merupakan pengidap disleksia yang menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis dengan lancar.

9. Kekayaan kamprad dianggarkan sekitar 46.8 bilion USD sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 91 tahun.
10. Biarpun punya kekayaan yang banyak. Ingvar Kamprad menjalani kehidupan seperti orang biasa-biasa kerana itulah keinginan dia.

Sumber; Zul Fikarullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*