Peranchis; Kartunis dipecat kerana lukis kartun presiden

Menurut laman berita ‘Mauritania Today’, kedutaan Perancis di Mauritania menamatkan kontrak seorang kartunis terkenal Mauritania iaitu Khaled Ould Moulay Idriss kerana dikatakan mengh1na simbol Republik Perancis dengan menge.jek Presiden @emmanuelmacron dalam kartunnya.

Namun dalam Tweet Khalid yang dilaporkan oleh laman berita Al-Quds di UK, beliau memperbetulkan laporan berita itu bahawa kontraknya bukan dengan Kedutaan Perancis tetapi dengan sebuah organisasi pembangunan dari Perancis yang beroperasi di Afrika Utara di mana beliau mempunyai ‘working relationship’.

Macron mempertahankan lukisan Charl1e Hebd0 tentang Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam dengan alasan ‘freedom of expression’ & ‘freedom of speech’ tetapi organisasi Perancis mengambil t1ndakan terhadap pihak lain kerana melukis kartun pemimpin mereka.

Yakinlah, h1pokrasi sebegini bukannya kali pertama dipertontonkan kepada dunia & ianya tidak akan menjadi yang terakhir yang dunia akan saksikan. Ianya akan berterusan dan Islam serta Muslim akan terus menjadi sasaran utama.

Kredit; Firdaus Wong Wai Hung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*