Raja Laut bukan ketua LA.NUN, baginda adalah Raja Muda Selangor

YTM Raja Laut ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah lahir pada tahun 1850. Baginda mangk4t pada tahun 1913 semasa menjadi Raja Muda Selangor. Raja Muda Laut telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1898 oleh Paduka Sri Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Ala’uddin Suleiman Shah.

Apabila Sultan Selangor mengurniakan gelaran Tunku Mahkota kepada putera Baginada, Tengku Musa Uddin sebagai pewaris takhta, Raja Muda Laut tetap mengekalkan gelaran Raja Muda sehingga kemangk4tan Baginda pada 9 Jun 1913.

Gelaran Raja Muda Selangor sebagai pewaris takhta kembali digunakan sekitar tahun 1920 apabila Tengku Musa Uddin kemudiannya dilantik sebagai Raja Muda Selangor. Raja Muda Laut telah bersurikan Raja Daing Chahaya dan dikurniakan seorang putera, iaitu Raja Alang.

Keluarga di Raja ini tinggal di sebuah rumah di kawasan “Batu Road” pada ketika itu. Baginda dikebum1kan di tanah perkub0ran Kampong Gonggang iaitu nama asal Jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.

Sumber: Wangsa Mahkota Selangor via Al Azhar Care

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*