Masya Allah, cantiknya akhlakmu DS Dr Zulkifli Al Bakri…

Menyandang jawatan sebagai Menteri Agama dan juga bekas Mufti WP tidak pernah menjadikannya SOMB0NG atau besar diri… Melalui posting terbarunya, beliau memuat naik ziarah ke atas seorang ulama tua di utara tanahair…

Inilah Dr Zulkifli, beliau selalu menunjukkan suri teladan yang terpuji untuk dicontohi oleh semua. Hati merasa tenang dan berbunga melihat beliau menyantuni Tuan Guru Maulanan Dato’ Abdullah Bukhari, seorang ulama yang banyak berjasa…

Tak lengkap kunjungan ke Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara jika tidak bersua dengan antara “mutiara” yang masih bersinar di sini…

Saya mengambil kesempatan mengunjungi, menyampaikan sumbangan, memohon doa serta nasihat Tuan Guru Maulana Dato’ Abdullah Bukhari di kediamannya. Maulana berkhidmat sebagai Guru Takmir di Pulau Pinang bermula tahun 1985 sehingga 2019. ⁣

Semoga Allah SWT memanjangkan umur dan memberikan kesihatan yang baik kepada para ulama kita. Kerajaan amat mengambil ser1us dan akan memastikan kebajikan para ulama tua di negara ini sentiasa mendapat perhatian.

Kredit; Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*