Allahu Robbi, tentu sekali kita ingin mengetahui apakah kedudukan kita di sisi Allah kan? Ibn Ata’illah al-Sakandari berpesan kepada kita tentang bagaimana untuk mengetahui kedudukan kita di sisi Allah. Kata beliau: إذا أَرَدْتَ أنْ تَعْرِفَ قَدْرَكَ عِنْدَهُ فانْظُرْ في ماذا يُقيمَكَ
“Sekiranya engkau ingin mengetahui kadar (kedudukanmu) di sisi Allah, maka lihatlah dengan apa dia membuatkan dirimu sibuk” (al-Hikam Ibn Ataillah)
Mari kita bersama-sama hadamkan peringatan ini teman-teman… Buatlah apa sahaja tetapi jgn lupa malaikat sentiasa berada di kiri dan kanan kita. Betulkan niat kita untuk berbuat apa sahaja termasuk melayari dunia medsos…
Leave a Reply