Allahu, kesihan dgn pusat zakat, tak habis2 kena F1TNAH…

Lembaga Zakat Selangor

Menerusi satu hantaran di Facebook mengenai seorang nenek yang sudah uzur dilihat berniaga tisu dan air kotak untuk mencari rezeki. Nenek tersebut dilaporkan diabaikan oleh anak-anaknya. Hasil maklumat awam, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bergegas turun bagi memastikan kebenaran kisah ini.

Hasil rondaan dan siasatan di lokasi yang dinyatakan, pihak kami tidak berjaya menemui nenek tersebut. Beberapa lokasi stesen minyak telah kami kunjungi dan mereka memberikan info mengenai siapakah sebenar nenek tersebut. Kami juga menghubungi beberapa pihak yang telah membantu nenek ini, dan juga cuba mendapatkan kisah sebenar menerusi cucu beliau sendiri.

Hasilnya, kisah yang ditularkan semalam adalah tidak tepat. Keluarga nenek ini, anak-anaknya serta cucunya menafikan bahawa mereka abaikan nenek mereka. Mereka telah berulang kali menegahnya agar tidak pergi menjaja tisu dan air kotak di sekitar stesen minyak, namun nenek ini tetap melakukannya. Lokasi berniaga di sekitar Kuala Lumpur.

Keperluan makan, pakai, tempat tinggal semuanya tersedia dan tiada isu pengabaian. Mungkin nenek ini sekadar mengisi masa lapang dengan berniaga begitu dan sukar untuk pihak keluarga menahannya kerana risau nenek akan merajuk.

Akibat tular kisah ini menyebabkan ramai warga net terus menghentam dan meluahkan rasa tidak puas hati. Malah ada juga yang menghamburkan kata-kata kesat pada keluarga sedangkan mereka tidak ‘tabayyun’ dan tidak tahu kisah sebenar.

Hantaran Facebook yang asal telah dipadamkan dan semua komen tidak kelihatan lagi. Alhamdulillah, ianya tindakan yang baik, namun yang terbaik adalah perlunya pihak yang tularkan membuat kenyataan bagi memperbetulkan keadaan atau memberikan penjelasan dengan segera.

Soal fitnah kini semakin berleluasa. Kami terus usaha merungkaikan kebenaran. Andai telah terima bantuan kami nyatakan yang telah diterima, andai belum terima bantuan, kami santuni sebaiknya sekiranya layak berdasarkan had kifayah.

Ramadhan kian berakhir. Rebutlah peluang untuk meraih pahala. Jagalah juga jari jemari agar tidak menimbulkan suasana tidak baik dan mengundang d0sa. Bulan rahmat dan pengampunan ini perlu kita isikan sebaiknya dengan amal soleh dan perbuatan baik.

Bersama kami membantu mustahiq.
Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.
Pastikan benar baru tular. Tabayyun itu indah.

Kredit : ibnuhusain via PZS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*