Jam 3 pagi, ketika mata minta hak utk lena, beginilah situasi para frontliner kita…

Pejabat Kesihatan Kota Bharu

Ini situasi pukul 3 pagi tuan-tuan… Terjelepuk kepenatan petugas kesihatan ini setelah  menyempurnakan jen4zah seorang kes positif COV1D19. Lelah. Mata meminta hak untuk lena.
Mereka jarang sekali mengeluh.. Hanya sesekali mereka luahkan kepenatan mereka dengan rakan-rakan.

Mereka tak merungut malahan berbangga mampu tunaikan hajat waris agar dipercepat dan dipermudah segala urusan pengebum1an. Petugas ini memujuk hati mereka dengan mengatakan inilah tuntutan fardu kifayah. Qiyamullail mereka bukan di tikar sejadah.

Mereka bangunkan malam ini dengan PPE dan aroma tanah kub0r. Semoga Tuhan mengangkat pendemik ini selekasnya. Masyarakat penat dan kebosanan, begitu juga kami di lapangan yang kelelahan. Begitulah. Berkat Ramadan.

Kredit: Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu via Ahmad Zulfahmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*