Hari ini kita dikejutkan dengan berita tanah rizab PDRM ditukarmilik kepada gereja tanpa pengetahuan atau ‘senyap-senyap’. Saya masih belum dapat terima hakikat, apakah berita ini betul-betul benar kerana bagaimana tanah rizab PDRM boleh ‘dicur1’ sebegini rupa.
Bunyinya sungguh tidak masuk akal. Jika ini benar-benar berlaku, ianya amat mendukacitakan. Namun, dalam laporan berita ini, dinyatakan bahawa Pengarah Jabatan S1asatan Jen4yah Komersial Bukit Aman mengesahkan apa yang berlaku.
Apakah pihak pejabat tanah tidak tahu ianya tanah milikan PDRM? Tukar hakmilik tanah secara ‘senyap-senyap’ merupakan sesuatu yang salah, apatahlagi tanah rizab p0lis. Yang terlibat memang berani sungguhlah nampaknya.
Apakah ‘keberanian’ ini wujud dan terdorong kerana adanya rangkaian kartel atau s1ndiket yang memudahkan perkara ini berlaku? Sejak dua menjak ini memang banyak disebut tentang rangkaian kartel dalam kalangan pihak berkuasa merentas agensi, maka ianya tidak mustahil.
Apa yang pasti, apa yang berlaku ini membuktikan bagaimana tanah kerajaan boleh tergadai dengan mudah atas kelalaian dan kecua1an. Jika tanah rizab p0lis pun boleh diperlakukan sedemikian rupa, maka apalah sangat tanah rizab Melayu.
Pasti mudah sahaja ditukarmilik ‘secara diam-diam’. Mungkin itulah yang berlaku selama lebih 60 tahun ini sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Kita memohon agar pihak SPRM membuka kertas siasatan dengan segera dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat melakukan kesalahan ini.
Mungkin sudah tibanya masa untuk dibuat satu semakan besar-besaran ke atas pejabat-pejabat tanah negeri di seluruh negara kerana jika ianya mudah berlaku di satu negeri, pasti modus operandi yang sama digunakan di negeri-negeri lain kerana kartel pastinya bijak dan licik. Wallahu’alam.
Kredit; Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
30 April 2021
Leave a Reply