Subhanallah. Bro f/panda ni, biarpun sibuk & penat tapi sempat lg baca Quran…

Biar siapapun beliau, sesungguhnya beliau adalah insan yang hebat kerana walaupun sibuk mengambil dan menghantar order pelanggan, dia tetap punya masa untuk membaca ‘warkah daripada Tuhan’. Itulah tanda Allah sayang kepada seseorang itu kerana dikurniakan ilham dan ikhtiar untuk beribadat walau sesibuk mana sekalipun…

Manakala tanda seseorang itu ‘dilupakan’ Allah ialah dia langsung tidak punya masa untuk Allah sejak dari mula buka mata bangun pagi sehinggalah kepada tertutupnya semula mata untuk tidur. Mari kita doakan brader ni dan kita semua semoga mempunyai masa untuk Tuhan…

Hazman Hadi Sakim wrote…

Akibat terlampau sibuk di siang hari, aku mencari masa selepas maghrib untuk mengambil angin di taman berdekatan rumah – briskwalking, jogging dan merenggangkan urat badan. Masa nak masuk ke taman, aku perasan ada motor Food Panda parking di pintu masuk taman tersebut.

“Ada jugak orang lain sebagai teman”, getus hati kecil…

Apabila aku lalu berdekatan dengan tempat beliau berehat, aku perasan rupanya beliau sedang membaca Al-Quran. Tersentuh hati. Ia bagai satu peringatan buat diriku sendiri… Sesibuk mana pun kita dengan urusan harian kita, carilah masa untuk membaca Al-Quran.

“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran” (Muttafaqun ‘alaih).
“Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari Qiyamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Sahih Muslim)

Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki Brother Food Panda tersebut.

Kredit; Hazman Hadi Sakim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*