Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri
1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 berkaitan isu kalimah “Allah” dan hal-hal lain yang telah dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN.
2. Dalam hal ini, KDN akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
3.Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan tersebut dan meminta semua pihak untuk menghormati proses perundangan dan kehakiman negara.
DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Menteri Dalam Negeri
11 Mac 2021, Putrajaya
Leave a Reply