Wow, ‘No Pain, No Gain’ – ini kisah hebat pengasas Putu Bamboo World

Pada tahun 2008 dua orang peniaga yang baru gagal dalam bisnes masing-masing bertemu tanpa dirancang. Karim Atan dan Mohamad Hassan bertemu di sebuah gerai makan dan Karim cadang mereka mulakan bisnes kuih putu bamboo guna resepi neneknya.

Dengan modal RM1 ribu yang ada, mereka buka gerai jual putu bambu di ruang kecil di hadapan sebuah kedai di Taman Datuk Harun, Selangor. Papan tandanya hanyalah kadbod yang ditulis tangan.
Mereka bekerja dari tengah malam hingga ke pagi untuk siapkan putu bambu.

Setiap hari juga, pada pukul 6 pagi mereka akan hantar putu bambu ke kedai-kedai makan dan pejabat dengan motosikal. Jualan yang dapat hanya RM30 sehari. Tetapi kerana mereka lihat ada sambutan, mereka teruskan berniaga. Setiap duit jualan dilaburkan kembali dalam perniagaan.

Untuk tempoh 2 tahun pertama, Karim Atan dan Mohamad Hassan jalani hidup yang cukup mencabar. Mereka terpaksa duduk jauh dari keluarga yang ditinggalkan di Johor, dikejar Ah Long dan setiap malam terpaksa tidur di bawah tiang LRT demi untuk jimatkan duit.

Tetapi mereka bertahan. Selepas 2 tahun, mereka berpindah ke ruang niaga lebih besar iaitu di IKS Air Panas, Kuala Lumpur. Putu bambu mereka mula dibekalkan juga ke hotel, kilang dan kafe. Tahun berikutnya mereka pindah pula ke Taman Perindustrian Selayang Indah.

Di sini Karim dan Mohammad Hassan mula belajar secara serius untuk kembangkan bisnes mereka dengan cepat tapi terurus. Dengan bimbingan Tuan Ridzuan Mohamad, seorang perunding francais, bisnes putu bisnes disusun kembali and mereka mula tawarkan peluang perniagaan melalui konsep rakan niaga secara perlesenan dan ia dapat sambutan.

Seterusnya pada tahun 2017, dengan nama syarikat MD Putu Bamboo World, mereka ambil langkah berani tawarkan francais dan dalam tempoh 4 tahun berikutnya, mereka berjaya bina lebih 70 rangkaian francais Putu Bambu World dengan pendapatan tahun RM4 juta.

Sasaran mereka kini adalah untuk mencapai 100 rangkaian francais dan untuk itu mereka ambil langkah berani buat pinjaman untuk dirikan kilang baru bernilai RM9 juta di Rawang, Selangor. Apa yang Karim Atan dan Mohamad Hassan perlu buat untuk persiapkan bisnes mereka untuk difrancaiskan tidak mudah tapi boleh diikuti oleh pemilik-pemilik bisnes lain yang ada visi untuk bisnes mereka berkembang besar.

Dan seperti Karim Atan dan Mohamad Hassan juga, mereka tidak perlu lakukannya sendiri. Semuanya boleh dipelajari dalam modul kursus online asas yang mudah difahami. Paling penting, ia diberi percuma kepada setiap pemilik bisnes di link di bawah.

Kredit; Mazlan Mohamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*