21 tahun hidup bersama, suami isteri dijemput mengadap Ilahi selang 72 jam…

24 Februari 2021-Bilik Gerakan Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM) menerima panggilan untuk membantu menguruskan satu jen4zah lelaki berumur 65 tahun warga Indonesia. Oleh kerana arw4h pemegang kad permastautin tetap (MyPR), jadinya jen4zah tidak boleh dituntut sehingga selesai urusan dokumentasi dengan pihak berwajib kemudian barulah segala urusan berkaitan pengebum1an jen4zah dapat dilakukan.

KASIH HINGGA HUJUNG NY4WA…

Kasih isteri terhadap suaminya dibawa sampai hujung ny4wa apabila dia men1nggal dunia 72 jam selepas suami yang dikasihi itu pergi buat selama lamanya akibat tekanan d4rah rendah. Si suami men1nggal dunia pada 22 Februari 2021 di sebuah hospital di Selangor. Manakala si isteri menghembuskan nafas terakhir 2 hari kemudian di kediamannya di Dengkil akibat k4nser otak.

PENGURUSAN JEN4ZAH…

Bagaikan telah berjanji dan begitu indahnya pengaturan dari Allah S.W.T. Dialah yang maha kuasa menyatukan pasangan ini dengan pernikahan dan Dia jualah yang mematikan pasangan ini dan Dia jugalah yang menentukan disem4dikan bersebelahan.

Seperti tidak boleh berpisah pasangan ini umpama sedang menikmati perjalanan yang indah bersama. hebatnya perancanganMu, Ya Allah. Jen4zah si isteri diuruskan di Dengkil dan selamat dikebum1kan di Tanah Perkub0ran Islam di Pekan Dengkil selepas Zohor semalam (25 Februari 2021) manakala suaminya pula dikebum1kan bersebelahan isterinya sebelum maghrib hari yang sama.

TANDA PERGINYA ORANG BERIMAN…

Alhamdulillah, kami ditugaskan untuk menguruskan jen4zah si suami di hospital. Saat melihat keadaan jen4zah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat itu kami terkejut kerana keadaan jen4zah seperti baru men1nggal dan dahinya masih berpeluh.

M4yatnya tidak keras dan tidak pula membeku, wajahnya sungguh tenang seperti sedang tidur. Kelu lidah kami sebentar melihat kebesaran yang Allah S.W.T tunjukkan. Lalu jen4zah pun dimandi dengan segera sepertimana biasa.

Tetapi, semasa proses kafan. Masya Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku. Dahi jen4zah ini mengeluarkan air dan kami lap air tersebut. Semasa hendak dipakaikan wangian pada jen4zah, sekali lagi kami melihat dahi jen4zah berpeluh.

Kami tutup muka arw4h dan selesailah proses mandi dan kafan. Seterusnya kami menuju ke masjid berdekatan rumah arw4h untuk solat jen4zah. Selesai tugas kami di sini dan seterusnya van masjid pula akan bawa jen4zah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah S.W.T telah pun memuliakan jen4zah ini di atas jasa-jasanya yang Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

Mengikut cerita dari anak saudara arw4h, bapa saudaranya selalu bangun di tengah malam dan bersolat tahajjud. Ditambah pula amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling semasa arw4h masih hidup, yang mana hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui

Sungguh istimewa jen4zah ini…

May4t kebiasannya akan mengeras dan membeku.Tetapi jen4zah ini empat hari di dalam peti sejuk m4yat. Melihat dari keadaan dagingnya masih merah dan masih berpeluh.Wajahnya tenang seperti sedang tidur. MasyaAllah, kembalilah jiwa itu dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang.

Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah m4yat ketika kem4tiannya dan perhatikanlah tiga perkara:
i. Bila dahinya berkeringat.
ii.Air matanya berlinang.
iii.Hidungnya keluar hingus.

Maka hal tersebut penanda rahmat Allah S.W.T untuk si m4yat Rasulullah S.A.W bersabda :
‎إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia men1nggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi]

Jom sama sama kita aminkan doa ini…

“Kami bersyukur ya Allah kerana dipilih olehmu untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Terimalah amal kebajikan kami dan ampunkan d0sa d0sa kami Ya Allah. Semoga dengan petunjukmu dapat jadikan kami yang hina ini insan yang berguna dan dirahmati olehMu dan tempatkanlah pasangan suami isteri ini di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh”. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Kredit;

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*