Dr Ridhuan Tee – Sampai bila golongan minoriti dapat memahami majoriti?

Sampai bila minoriti boleh memahami majoriti? Apakah majoriti sudah menjadi minoriti? Tahniah! Ketua Polis Johor, tindakan pantas mengesan identiti lelaki murt4dkan wanita Islam. Ingatkan orang agama yang akan bersuara dan bertindak dahulu, tetapi nampak macam senyap.

Tik tok pemuda Hindu secara berani dan terbuka bercakap mengenai cara memurt4dkan wanita Islam, begitu mencabar, bukan sahaja perlembagaan negara, tetapi juga sens1tiviti umat Islam negara ini.
Ianya tidak boleh dibiarkan.

Kenapa hari ini bukan Islam berani melakukan pr0vokasi sebegini?

Begitu berani membangkitkan isu-isu yang sens1tif berkaitan agama Islam, sedangkan kita tidak pernahpun menggangu cara hidup mereka. Malahan, jika Adapun bukan Islam memeluk Islam, itu adalah atas kerelaannya, kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan sama sekali memaksa bukan Islam memeluk Islam. Sebab itu, apabila sudah rela, kita tidak benarkan mereka yang telah memeluk Islam, keluar daripada Islam.

Saya amat hairan, sekian lama, tinggal di bumi bertuah ini, apakah mereka tidak diajar dan diberitahu akan sens1tiviti orang majoriti. Apakah ibu bapa atau pemimpin parti politik kaum ini, tidak sens1tif atau sekurang-kurangnya memberitahu bangsa mereka, perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka?

Saya ingatkan pemimpin parti politik dan individu bukan Islam supaya mengingatkan mereka ini, jangan terlalu celup4r dan kurang aj4r. Saudara mungkin melihat ada orang Melayu yang jahil, tidak sembahyang, minum ar4k, main ju.di dan melakukan perkara yang bertentangan dengan agamanya Islam itu sendiri, tetapi ingat, dalam perkara agama Isalam, jangan dibuat main-main.

Pantang datuk nenek moyang orang Melayu apabila dicabar sebegini…

Apakah bangsa minoriti masih tidak faham budaya bangsa majoriti. Sedangkan bangsa majoriti begitu memahami budaya bangsa minoriti. Sehingga lambakan rumah ibadat, menjadi tidak terkawal, beratus-ratus ribu bilangannya.

Jangan sampai bangsa majoriti hilang sabar. Justeru, sudah sampai masanya, tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang kurang aj4r dan celup4r ini. Inilah akibatnya apabila terlalu mencanangkan ‘unity in diversity’ dan ‘social cohesion’, yang menjadi kitab sesetengah ahli akademik dan telah pun dijadikan rujukan hidup bernegara.

Sudah sampai masanya dua perkara ini dilihat secara serius. ‘Unity in diversity’ dan ‘social cohesion’ ini tidak berpijak di bumi nyata. Sekadar bertemu di kedai mamak, sehingga timbul teori ‘mamakization’ tidak ke mana. Makan di kedai mamak, tidak membawa kepada interaksi kaum.

Perpaduan itu perlu dilihat dari segi persamaan, unity is uniformity’, termasuk asimilasi. Tujuannya, tidak lain, supaya bangsa minoriti faham cara hidup bangsa majoriti. Jika tidak, inilah jadinya. Pergilah ke China dan ke India, apakah ‘unity in diversity’ dipraktikkan? Jika ada pun, sejauhmanakah ‘diversity’ itu?

M4langnya, bila tiba di Malaysia, semua mahukan ‘unity in diversity’. Asasnya apa? Apakah budaya bangsa dan cara hidup bangsa majoriti tidak menjadi pasaknya? Amat m4lang sekali, dalam merangka perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, langsung ditolak ketepi, seolah-olah tidak ada nilainya lagi.

Pada saya, dalam memahamkan rakyat negara ini terhadap budaya bangsa majoriti, Dasar Kebudayaan Kebangsaan mesti dihidupkan kembali. Janganlah terlalu terpengaruh dengan ‘unity in diversity’ dan ‘social cohesion’.

Mudah-mudahan tidak ada bangsa yang menjadi kurang aj4r seperti yang telah berlaku.

Kredit; Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*