Masya Allah, abam foodpanda belanja minum lelaki & anaknya kerosakan kereta

Terima kasih Allah kerana menghantar insan-insan yang mempunyai akhlak terpuji kepada kami semua… Ini seorang lagi insan mulia yang bukanlah seorang yang punya wang berjuta atau harta bertingkat-tingkat…

Tetapi dia hanya seorang food rider namun, mempunyai akhlak yang sanagat terpuji dan mengkagumkan. Betullah, hati budi yang terpuji kebanyakannya dimiliki oleh insan-insan biasa je… Ia adalah anugerah kepada insan-insan terpilih!

Tahniah buat abam ‘Mat’, terima kasih kerana mengajar kami erti budi bahasa yg tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..

Terima kasih Rider Panda TCB 1570 sebab bawa makanan & minuman untuk anak saya masa kereta tersadai sebab pancit. Ayat dia, “Saya nak tolong repair tak reti, saya bawa minuman untuk abang dan anak jelah sbb cuaca panas” Saya tolong ikhlas bang.

Bila tanya nama, dia jawab” panggil sy Mat” Nak bayar utk air & biskut pun taknak ambil duit.

Kredit; Zairam Neezar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*