Polis Sabah tidak halang usaha dakwah Ebit Lew – Pj Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali

Polis dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah tidak menghalang Ustaz Ebit Lew.
Ebit Lew yang sedang berada dalam program bantuan 10 hari ke Sabah telah menyalurkan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk di kawasan Semporna.

Namun, program di kawasan itu disingkatkan apabila Ebit Lew berkongsi yang beliau diminta meninggalkan kawasan berkenaan ataupun menanggung r1siko denda sehingga RM100,000 ataupun 3 tahun penj4ra.

Walau bagaimanapun, pihak polis dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Negeri Sabah (ESSCOM) membuat kenyataan yang mereka tiada bantahan ataupun larangan untuk program bantuan Ustaz Ebit di kawasan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mahupun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program pendakwah bebas dan dermawan, Ebit Lew di kawasan berkenaan.

Malah, Hazani berkata, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew. “Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan dakwaan itu dengan perintah berkurung di kawasan pantai timur,” katanya ketika dihubungi.

Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan itu tidak dicer0boh pengg4nas yang meng4ncam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. “Ia tiada kena-mengena dengan program dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

“Cuma kita minta beliau rujuk pihak berwajib bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit.”
Katanya, penganjur sebarang program digalakkan merujuk pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Ustaz Ebit telah mengIslamkan lebih 450 penduduk Bajau Laut di kawasan itu sepanjang misi bantuan beliau. Sebahagian tanggungjawab membawa saudara baru adalah untuk membantu mereka mendapat pendidikan asas agama.

Untuk tujuan itu, Ustaz Ebit telah merangka rancangan untuk menaikkan 3 sekolah dan telah berjaya mengumpul 7 ustaz dan ustazah, selain membeli kayu kayan yang diperlukan untuk membina kesemua sekolah itu.

Kredit; OK media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*