Penampilan diri merosot, kena mandi 5x sehari dgn sabun yb buat kulit kering, rambut gugur – frontliner

Kalau kami tumbang, masyarakat nak berharap siapa lagi? Memakai PPE (peralatan perlindungan peribadi) agak panas, sehari mandi kadang lebih lima kali bergantung kepada keadaan… Penampilan diri juga telah menjadi semakin merosot kerana selepas menanggalkan PPE.

Kami dikehendaki mandi dengan sabun mandian Chlorexidine 4% Body Wash. Sabun mandian ini buatkan kulit jadi kering, rambut jadi gugur dan ada sebahagian kawasan kulit kepala dah mula jadi botak sedikit.

Pihak atasan banyak membantu menaikkan semangat dan setia mendengar keluhan kami. Emosi kena kuat. Jiwa kami harus kental bila bekerja sebagai barisan hadapan kerana kalau kami tumbang, masyarakat nak berharap pada siapa lagi..

Untuk barisan hadapan harus terus berjuang kerana masyarakat perlukan kita. Kita mesti menang dan merangkul kejayaan hingga ke akhirnya. Jaga diri dan kesihatan. Kepada masyarakat, kami tidak minta banyak. Hanya doa dan kata semangat. Kita yang bertanggungjawab memutuskan rantaian v1rus ini. Patuh pada arahan kerajaan. Duduk la di rumah dan jaga kebersihan selalu.

Kredit : Azza Azzrin Sarimin, Frontliner Kesihatan via Penang Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*