
Tiada duit beli pampers, pakai kain lampin dibalut plastik … bayi 3 bulan… Kami baru hutang RM16.70 dari kedai. Dapat sardine 1 tin, tepung dan telur. Kami ada sikit beras lagi dan satu plastik minyak masak.
Depan rumah ada kolam ada haruan dan ikan keli. Tapi aku tiada mata kail. Aku kerja kedai makan tetapi kedai makan dah tutup. Aku ada motosikal, motosikal kena curi. Aku kini tak ada transport langsung. Baby memang tak minum susu lah. dah 3 bulan.
Tiada duit beli pampers. Pakai kain lampin, itu pun ada 3 helai dan terpaksa balut dengan plastik agar kencing baby tak basahkan tilam buruk. Esok kami cuba mintak permit rentas daerah hantar makanan agar kesihatan baby terjaga. Makanan semakin parah. Ok ok..

Leave a Reply