Masya Allah, foto petugas banjir ini tular di medsos, terasa malu dengan dia…

Subhanallah, admin terkedu sekejap bila foto ini melintas di wall… Sungguhpun ada kekurangan pada dirinya namun itu tidak sedikitpun menghalang niat murninya untuk bersama-sama dengan teman-teman yang lain di dalam sebuah organisasi yang diberi nama Jabatan Amal Malaysia a.k.a namanya jolokan popularnya ‘tentera merah’.

Mari kita ikuti tulisan daripada Ir. Ts. Khairil Nizam mengenai insan yang hebat ini…

Saya tersentuh mendapat berita seorang anggota Jabatan Amal Malaysia, saudara Ahmad Zul Muaz Bin Ahmad Sohairi yang tetap ingin menyertai operasi pembersihan bersama Jabatan Amal di negeri Pahang. Beliau adalah anak ke-2 daripada 6 adik beradik, berumur 21 tahun dan berasal daripada Kampung Relong, Kuala Lipis.

Saya dapat berita beliau aktif dalam ARC dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) sejak Tingkatan 3. Beliau pernah kem4langan pada 4 tahun yang lepas akibat dil4nggar lori dan lump0h kaki di sebelah kanan.

Saya percaya ramai lagi saudara-saudara kita yang istimewa seperti saudara Ahmad Zul Muaz yang menyertai Jabatan Amal kita. Saya bangga dengan kalian dan saya doakan syurga buat kalian!

Kredit; Ir. Ts. Khairil Nizam

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*