Dulu kuli je – “runner halfcut” kini bos 5 buah cawangan bengkel!

Sebuah kisah angan-angan yang bertukar menjadi kenyataan bagi Mohamad Fahmi bin Mohamed Esa yang lebih dikenali sebagai Famy “Jdm Hardcore”. Mostly budak-budak runner bukanlah datang dari keluarga yang senang termasuk Famy.

Arwah ayahnya hanya berkerja sebagai penyapu sampah dan beliau memerlukan kerja lebih keras untuk maju ke depan. Fasa bisnes yang ada pasang surut tidak sesekali menyebabkan beliau mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapanya. Kedua mertuanya juga dijaga dan tinggal bersamanya. Azam beliau dari bujang sampai dah berumah tangga.

Tahun 2013 – Beliau berjaya membuka bengkel servis dan kedai halfcut pertamanya secara kecil kecilan.
Tahun 2019 – Bisnes diuji dengan masalah kontena memaksa beliau menutup kedai halfcut dan hanya menumpukan pada bengkel servis.

Tak lama selepas itu beliau diuji dengan kem4tian ayah dan disusuli bapa mertuanya di saat dia sedang bangkit berjuang untuk bengkel servisnya. Dalam ujian terselit kejayaan. Kini Famy mampu berbangga dengan memiliki 5 cawangan bengkel servis dengan 2 cawangan di seri kembangan, batu caves, Terengganu dan terbaru di Kota Masai Johor yang bakal dibuka 4hb Januari tahun depan.

Bukan setakat menyediakan servis dan baik pulih semua jenis kenderaan dengan tawaran harga yang berpatutan, beliau juga dapat membantu membuka peluang pekerjaan bagi masyarakat di luar sana.
Kalau tengok bengkel dia, tak sangka abang, dari seorang runner boleh buka bengkel sehebat ini.

Namun di sebalik kejayaan ini, tidak sesekali mengubah beliau untuk terus berbakti pada orang tuanya yang masih ada. Ini resepi kejayaan. Syabas anak muda!


.
Kredit: Motorsports Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*