Usaha Ketua PDRM P. Jaya bantu penjual burger KECUR1AN dapat sanjungan netizen

YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal meluangkan masa mengunjungi Adik Muhammad Nor Faizal bin Nordin yang menjadi m4ngsa kecur1an di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya.
Adik Muhammad Nor Faizal yang berumur 14 tahun, berkerja sambilan menjual burger sewaktu cuti sekolah, telah menjadi m4ngsa kecur1an. Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi, ketika adik Faisal meninggalkan gerainya untuk ke tandas. Antara barang yang dicuri adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.
Atas dasar prihatin, IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit bagi memberi semangat kepada remaja yang berumur 14 tahun ini agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.
“It takes so little to do just that, and yet few people utilize this world-changing ability. Just one good deed a day”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*