Mohon viralkan mamat ni, org macam ni layak kena ‘sumpah’ jadi KAYA dan BERTAQWA

Mohon viralkan mamat ni ya. Dh 4 tahun saya jd customer dia, dia selalu t1pu harga yg sebenar. Orang macam ni layak kena ‘sumpah’ jadi KAYA dan BERTAQWA. 2 hari lepas singgah untuk beli Samsung Z Flip utk hadiah kepada girlfriend saya sbb cemerlang dlm peperiksaan dia di unishams.

Saya search harga phone tu 5000 lebih di WEBSITE OFFICIAL samsung sekali pun. Tp bila mai kt sahabat saya taw dia bagi berapa ??? ??? RM3700. WALHAL BARU DAN ORIGINAL. Bila tanya hang untung kat mana? Dia kata xpa ni jariah dia jgk. Sumpah ! Saya tak minta diskaun sbb saya juga org berniaga, saya faham susah senang perniagaan.

Tak cukup dh murah 1, 500.00 dari harga pasaran. Siap dia minta tolong saya uruskan duit RM1, 000 untuk di infakkan pada madrasah. Allahuuu… malunyaa dengan orang soleh mcmni..

Sebab tu dlm hidup jgn pernah ajarkan diri utk menghuk0m org melalui pakaian, ilmu atau kedudukan pangkatnya. Sebab barangkali ianya adalah fatamorgana penipuan. Terkadang org yg nampak biasa, amalnya jauh lebih byk dan ikhlas berbanding kita yg dh rasa baik.

Saya kenal Ayen ni sejak 2016, beli phone di Plaza Alam Central Shah Alam. Masa tu dia rock2 ala mat rempit ja tp seronok sbb dia jujur sgt masa berniaga. Apa yg baik dan buruk dia cerita ja pada phone yg nk dibeli. Haritu ada media livestream kuliah agama minta tlg saya beli phone, saya call ayen utk BELI bukan minta free. Last2 dia terus bagi kt kawan tu, bila saya mnta nombor akaun nk bayar dia buat senyap kata dia nk tumpang jariah. Hantu betoi..???

TOLONG SAYA ‘SUMPAH’ DIA NI SAT agar jadi usahawan yg soleh dan terus buat kebaikan sampai mati. Antara nasihat yg saya belajar dari sahabat saya ni adalah ” biar untung sedikit pada barang tapi kita jual kepercayaan plg utama kt customer”. ???

P/ s: kalau nk beli phone roger2 dia ya. Xmuhong harga dia giler ! Hampa nak rasa “KEPEN1PUAN” dia tu p la cari naaa..

Kredit;Mohammad Yaakub Yusra & Ayen Zainal Cnent

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*