Muneer Al-Jundi, pereka cipta pintu Kaabah kembali ke Rahmatullah…

Lelaki bernama Muneer al-Jundi ini telah men1nggal dunia pada hari Rabu, 4 Jamadil Awal 1442 bersamaan 19 Disember 2020. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Stuttgart, Jerman.
Beliaulah yang bertanggungjawab merekacipta bentuk pintu Kaabah yang digunakan sehingga ke hari ini.

Pintu tersebut siap dipasang pada tahun 1399 hijrah setelah dititahkan oleh Raja Khalid bin Abdul Aziz, Raja Arab Saudi pada ketika itu. Keputusan ini dibuat setelah pintu Kaabah sedia ada yang dibina pada zaman pemerintahan Raja Abdul Aziz telah usang.

Dia juga diberi penghormatan apabila namanya diabadikan di pintu Kaabah yang diperbuat daripada emas tulen seberat 280kg yang telah disempurnakan di kilang milik tukang emas terkenal Makkah,  Sheikh Mahmood Bin Badar

Bukan itu sahaja, Raja Khalid bin Abdul Aziz juga menitahkan agar dibina sebuah tangga di dalam Kaabah yang mampu menghubungkan ke bahagian bumbung. Moga Allah SWT merahmati mereka-mereka yang terlibat dalam usaha menjaga dan memakmurkan Masjidilharam dan Kaabah ini.

Kredit; Najmi Farisham,

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*