Innalillahi wainnailahiroji’uun, tiada lagi sentuhan berbisa Artortoise…

Assalamualaikum WBT, إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.
Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya² beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja.

Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana. InshaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. InshaAllah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahm4tilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kem4tiannya, lapangkanlah kubornya, jadikanlah taman-taman syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arw4h di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah…
‎ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Kredit; Artortoise

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*