Kenyataan Zul Yahya undang KONTR0VERSI, DIKEC4M netizen

Bekas pelakon terkenal negara yang sudah berhijrah nampaknya berterusan memuat naik pandangannya yang mengundang kontr0versi menggunakan akaun peribadinya di laman medsos sejak akhir-akhir ni…

Admin ada perhatikan komennya berkenaan dengan pendemik c0vid 19, sop solat jemaah di masjid surau agak menjurus kepada puak-puak yang percaya dengan teori konsp1rasi Dajjal. Dan yang terbaru, komennya berkenaan dengan kebanyakan kitab2 yang dikarang selepas kewafatan nabi saw sudah tidak berapa betul…. Astaghfirullahal ‘aziim…

Namun carian terbaru menunjukkan status ini sudah hilang dari radar bila merujuk kepada akaun FBnya!

Admin tidak mahu mengulas panjang ttg isu ni, cuma persoalan yang timbul  ialah jika kebanyakan kitab yang dikarang ulamak sudah tidak betul, lalu daripada mana kita nak ambil ilmu yang memerlukan huraian dan pencerahan untuk difahami kerana banyak perkara di dalam Al-Quran dan Al Hadith bukan boleh difahami dengan detail oleh kebanyakan orang awam.

Contoh yang mudah ialah cara kita mengerjakan ibadat solat… Bagaimana seseorang tu solat jikalau tak ambil kitab ulamak… Agak agak solat ikut Quraan tampa pencerahan ulamak camana ya? Adakah dinyatakan dengan detail cara-cara mengerjakan solat di dalam Al-Quran?

Berikut adalah komen terpilih daripada netizen untuk rujukan semua…

Mior Fakhrullah Abdull Jalil menulis… Banyak kali saya menah4n jari ini dari menaip, kali ini saya dah tak tah4n. Saya baca post2 Tuan dan kali ini saya nak menegur. Tuan, dalam kebanyakan post2 Tuan, ramai yang menasihati Tuan dan Tuan selalu mengajak orang untuk berfikir, tanya iman dan sebagainya.

Sekarang, saya nak tanya Tuan. Sebelum Tuan tulis post ni, Tuan berfikir x? Sebelum Tuan tulis post ni, Tuan tanya iman Tuan dak? Sekiranya Tuan benar2 beriman, Tuan fikir dak kedudukan Tuan nak dibanding dengan ulama’.

Sebab itu Tuan, saya nasihat diri saya dan Tuan dan jemaah karkun yang mungkin ada membaca ni supaya fahamkan bahawa, yang paling utama adalah mengaji ilmu tauhid, feqah, tasawuf berteraskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Jemaah tabligh adalah jemaah yang sangat saya kagumi. Kerana bukan semua orang mampu buat kerja dakwah seperti kalian termasuklah saya. Tapi Guru kami pernah tanya dan saya tersent4k, katanya, “Ya bagus ajak dakwah orang. Tapi sebenarnya kita nak bawak orang ke mana, jika kita sendiri tak menguasai ilmu fardu ain.”

Last2 jadi gini. Sesuka hati post, macam kita sorang buat kerja agama, orang lain x buat. Kalau ya kamu sungguh2 berdakwah, tunjukkan akhlak yang baik terhadap ulama’ yang jauh lebih dalam memikir masalah ummah berbanding kita, hormat keputusan ulama’ yang jauh lebih faqeh daripada kita.

Kita satu huruf kitab pun x pernah tulis, hari2 duk tulis di FB ja, tu pun duk rasa kemaih dari ulama’. AMPUN YA ALLAH, AMPUN YA RASULALLAH. Maafkan saya atas ketelanjuran. Saling kita mendoakan.

Kredit;

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*