Tetap DEG1L biarpun telah 5 kali diberi AMAR4N; 4 lelaki ditahan CER0B0H Hutan Simpan Lesong tanam Musang King

Empat lelaki ditah4n disy4ki terbab1t aktiviti penerokaan secara har4m kawasan Hutan Simpan Lesong – did4kwa mengusahakan tanaman durian Musang King. Kesemua individu itu yang berusia 29 hingga 63 tahun ditah4n ketika mereka berada di kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin seluas 18 hektar.

Dalam operasi Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin, beberapa jentera berat dan kenderaan pacuan empat roda turut diramp4s. Pegawai PHD, Shairani Mamat tidak menolak kemungkinan penerokaan tanah har4m itu dilakukan secara berskala besar berikutan penggunaan pelbagai jentera seperti sebuah jentolak, dua traktor, dua jengkaut, serta tiga kenderaan pacuan empat roda.

Shairani berkata, pihaknya yakin jentera-jentera berkenaan digunakan bertujuan untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok. “Mereka yang ditah4n akan did4kwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kesalahan mencer0boh dan berada dalam hutan simpan tanpa permit.

“Jentera yang disita pula akan ditempatkan di pusat simpanan barangan ramp4san Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Shairani berkata, sindiket berkenaan bukan sahaja menanam pokok durian musang king, malah turut menanam pokok durian belanda, nangka, kelapa selain membina stor simpanan barangan serta pejabat di dalam kawasan berkenaan.

“Kami percaya pihak terbabit juga bakal membuka dengan lebih luas kawasan tanaman durian musang king di kawasan ini setelah mendapati terdapat jentolak yang sedang melakukan kerja membersihkan kawasan.

“Selain itu, kita juga menemui banyak benih durian yang belum ditanam dan masih disimpan di tapak semaian,” katanya. Katanya, pihaknya memandang serius kegiatan mencerob0h hutan simpan untuk aktiviti pertanian dan kegiatan lain tanpa lesen atau kebenaran.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil apabila pihak terbabit masih lagi berdeg1l meskipun telah lima kali diberi nasihat dan amar4n supaya mereka segera menghentikan kerja-kerja penerokaan, seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.

“Kita sudah beberapa kali beri amaran tetapi mereka tidak peduli, jadi kita terpaksa bertindak tegas dengan melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Kredit; ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*