Realiti PKP yg amat MENYED1HKAN; anak ‘ponteng’ sekolah kerana…

Selesai memberi salam dan berdoa… ” Ahmad (bukan nama sebenar) kenapa tak datang kelmarin dan semalam? Jaga adik-adik ke?” Digeleng kepalanya. Ahmad sebelum ini kita telah mendapat makluman dia tidak hadir sekolah bukan kerana p0nteng tapi menjaga adik-adiknya selepas ayahnya kehilangan kerja semasa PKP dan kini menjadi buruh membuat tar jalan dan ibu terp4ksa bekerja membantu pendapatan keluarga.

Hmmm..pel1k. kenapa pula tak datang sekolah. Getus hatiku. ” Jadi kenapa tak datang sekolah?” Soalku lagi. ” Ayah sak1t, saya jaga ayah. Urut dada ayah” Balasnya dengan suara yang agak perlahan.
Allahu Akbar. Terdiam seketika sambil mencari idea membalas bicara.

” Jadi ayah tak kerja la ya?” ” Hmm..tak kerja”…

Ya Rabbi..berat ujian buat mereka yang bergaji hari. Bekerja ada lah duit. Jika cuti sak1t? Sambil mencari idea untuk membantu, terpandang pula baju uniform koko yang dipakai. Luluhnya hati. Baju yang agak lusuh dan berjahit. Mungkin dah terkoyak barangkali.

Pantas tangan ini menaip mesej pada rakan kaunselor, rakan guru yang rajin membantu. 10 minit kemudian.. ” Akak, saya sponsor baju koko Ahmad ya” … ” Kak Huda, weekend ni saya boleh tolong belikan barang keperluan untuk keluarga Ahmad”

Ku tahan air mata dengan lagak muka tegas dalam kelas. Terima kasih semua yang prihatin.
Saat kita bergembira menanti gaji, ada yang mengais kepingan not yang tersisa bekal buat anak-anak yang sedang membesar.

Muhasabah buat diriku dengan pesanan pensyarah di universiti 11 tahun yang lalu ” Bila dapat gaji, asingkan sedikit untuk anak murid. Tampung balik jika kita terlambat masuk kelas, terkurang masa mengajar, ter apa yang kurang. Apa yang penting cari keberkatan dalam bekerja”

Sumber; Nurulhuda Baharin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*